SK. Seri Kemaman

24000 KEMAMAN, TERENGGANU DARUL IMAN
TBA2041
09-8591251
sk_serikemaman@yahoo.com.my

UJIAN-UJIAN SERTA PEPERIKSAAN-PEPERIKSAAN SEKOLAH

1.             Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun bagi Tahun 1 hingga Tahun 6.

2.             Ujian bulanan / OTI / TOV Tahun 1 hingga Tahun 6 hendaklah dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan.

3.             Arahan-arahan unutk semua peperiksaan:-

         3.1  Guru-guru Kelas / Guru-guru mata pelajaran akan menguruskan soalan-soalan yang dibekalkan oleh JPNT untuk matapelajaran berkenaan.

        3.2  Jumlah soalan bergantung kepada mata pelajaran tertentu iaitu mengikut format terkini.

        3.3  Markah penuh adalah 100% untuk tiap-tiap mata pelajaran.

        3.4  Penggredan ialah A, B, C, D dan E (Rujuk kepada Kad Laporan).

        3.5  PBS mesti dilaksanakan direkod dan dilaporkan mengikut arahan dan format terkini.

 4.             Arahan-arahan dan peraturan-peraturan ujian atau peperiksaan akan dimaklumkan pada setiap ujian atau peperiksaan.

 5.             Guru-guru mata pelajaran bertanggungjawab atas tahap pencapaian murid-murid di bawah pengajarannya. Guru-guru kelas bertanggungjawab atas keputusan kesuluruhan peperiksaan di bawah jagaannya. Di akhir tahun, guru kelas perlu menyerahkan satu koleksi keputusan TOV dan OTI kelas masing-masing untuk disimpan.

 6.             Ujian pengukuhan dijalankan dari masa ke semasa dan bergantung kepada guru-guru mata pelajaran yang berkenaan.

 7.             Penggunaan masa selepas peperiksaan adalah seperti jadual waktu pembelajaran dan pengajaran biasa.