SK. Seri Kemaman

24000 KEMAMAN, TERENGGANU DARUL IMAN
TBA2041
09-8591251
sk_serikemaman@yahoo.com.my

Sejarah Penubuhan SKSK

 Sekolah Kebangsaan Seri Kemaman terletak di tengah-tengah bandar Chukai. Ia dihimpit diantara Sekolah Kebangsaan Seri Iman dan juga Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail. SKSK mula dibuka pada 2 Jun tahun 1988. Pada mulanya, sekolah ini asalnya bangunan asrama lelaki dan perempuan SMK Sultan Ismail kemudian ia dijadikan sebuah sekolah untuk menampung murid-murid yang datang daripada SK Sultan Ismail dan SK Chukai yang berjumlah 411 orang. Pada awal pembukaan sekolah ini, 11 buah kelas dibuka untuk menampung pelajar berkenaan. Sebanyak 4 buah kelas dibuka untuk tahun 1, 3 buah kelas dibuka untuk tahun 2 dan 2 buah kelas dibuka untuk tahun 3 dan juga tahun 4. Pada tahun berkenaan, hanya terdapat 17 orang guru sahaja yang berkhidmat di SK Seri Kemaman dan dibantu olah 2 kakitangan sokongan.