SK. Seri Kemaman

24000 KEMAMAN, TERENGGANU DARUL IMAN
TBA2041
09-8591251
sk_serikemaman@yahoo.com.my

Peraturan Sekolah

TATATERTIB SEKOLAH

A.         WAKTU PERSEKOLAHAN

Pelajaran bermula pada 7.45 pagi dan balik pada 1.15 petang.

B.         PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH

·    Kemeja putih bersaku satu di sebelah kiri dan kemeja biru muda (pengawas).

·    Seluar panjang biru tua bersaku dua tebuk.

·    Sarung kaki dan kasut kain putih/kasut kain hitam (pengawas).

·    Tali leher sekolah.

PAKAIAN SERAGAM UNTUK MURID PEREMPUAN

 

·    Baju kurung putih bertelekung putih.

·    Baju biru muda dan bertelekung biru cerah (pengawas).

·    Kain berwarna biru tua.

·    Sarung kaki dan kasut kain putih/kasut kain hitam (pengawas).

PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH BERSAMA LENCANA MESTI DIPAKAI

·    Waktu sekolah.

·    Waktu menyertai perayaan-perayaan sekolah.

·    Waktu temasya olahraga dan permainan sekolah.

·    Waktu menyertai pertandingan-pertandingan Sekolah, PKG, Daerah & Negeri.

PAKAIAN SERAGAM TAMBAHAN UNTUK PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI / OLAHRAGA

 ·   Seluar trek berwarna biru tua.

·    Kemeja T berwarna putih berlengan pendek (lelaki), berlengan panjang (perempuan).

·    Kasut kain dan sarung kaki berwarna putih.

 

C.         PERHIMPUANAN MINGGUAN – ini adalah acara rasmi sekolah

·    Hari Ahad 7.30 – 8.15 pagi

·    Semua guru, kakitangan bukan guru dan murid-murid wajib menghadiri perhimpunan ini dan berbaris ikut kelas.

             Ø  Pentadbir mesti memakai kot

             Ø  Guru-guru lelaki mesti bertali leher

             Ø  Guru-guru digalakkan memakai kot

·    Perhimpunan dimulakan dengan zikir munajat sehingga semua murid bersedia untuk memulakan perhimpunan.

·    Guru bertugas mesti menulis laporan perhimpunan dalam buku laporan bertugas.

·    Murid-murid akan diperiksa oleh pengawas untuk memastikan mereka berpakaian lengkap, bersih dan kemas sebelum memulakan P&P pada hari Ahad.

·    Semua guru hendaklah sedia berada di hadapan murid di waktu hari perhimpunan semata-mata menghormati majlis tersebut.

·    Pengawas perlu berada di antara barisan murid-murid dan di belakang bagi mengawasi murid-murid lain.

 

KAWASAN SEKOLAH, BANGUNAN DAN PERATURAN SEKOLAH

 

            PERKARA AM

·    Murid tidak dibenarkan masuk ke bilik-bilik darjah/ bilik guru/ pejabat/ stor sukan kecuali ada guru atau kakitangan sekolah di dalamnya.

·    Makan dan minum hanya di kantin sekolah sahaja.

·    Sampah-sampah mesti dibuang di tempat yang disediakan.

·    Murid-murid dikehendaki mengambil sampah-sampah yang terjumpa dan membuang di dalam tong sampah.

·    Murid-murid tidak dibenarkan berada di dalam bilik darjah di waktu rehat atau sebelum atau sesudah waktu bersekolah.

·    Murid-murid tidak dibenarkan bersiar-siar di kaki lima pada waktu P&P berjalan.

 

E.         PERATURAN YANG MESTI DIAMALKAN

KESENYAPAN

   - Murid mesti senyap waktu beratur mengaminkan doa, berhimpun di dewan, dalam bilik darjah, dalam perpustakaan dan di kantin sekolah.

BERATUR

    - Murid mesti beratur berdua-dua di tempat khas sebelum waktu bersekolah, sebelum pulang dan selepas rehat, diawasi oleh guru berkenaan.

   - Murid-murid masuk kelas apabila diperintah oleh guru atau ketua darjah.

   - Murid-murid yang berpindah kelas mesti berjalan berbaris dua-dua dengan senyap terutama berhampiran perpustakaan dan bilik darjah yang lain.

 

F.         KEMALANGAN

Sekiranya ada kemalangan atau kecacatan berlaku dalam kawasan sekolah mestilah diadukan dengan segera kepada guru bertugas atau kakitangan sekolah atau ketua darjah atau ketua murid dan segera memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga.

 

G.         KEHILANGAN BARANG-BARANG

    - Sekolah tidak bertanggungjawab di atas kehilangan barang-barang kerana tercicir atau kecurian di kawasan sekolah. Telefon bimbit dan pemakaian barang kemas dilarang sama sekali semasa sesi persekolahan.

   - Aduan segera mestilah dibuat di pejabat sekolah selepas kejadian itu diketahui.

   - Barang-barang yang berharga dan wang mestilah diserahkan kepada guru darjah apabila murid-murid hendak mengikuti pelajaran PJ, olahraga atau permainan.

H.         PERKARA AM

   - Tiap-tiap murid mestilah mengambil bahagian cergas sekurang-kurangnya satu jenis permainan dan menjadi ahli dalam satu persatuan dan satu unit beruniform yang terdapat di sekolah.

   - Murid-murid mestilah tahu Rukun Negara dan mahir menyanyi lagu Negaraku, Selamat Sultan dan Sekolahku Cemerlang.

   - Murid-murid dikehendaki menghormati semua guru, kakitangan sekolah, pengawas sekolah, pelawat sekolah dan pekerja-pekerja swasta sekolah.

   - Murid-murid dikehendaki berjumpa GB, guru-guru sekiranya bantahan atau cadangan yang hendak dikemukakan. Untuk pengenalan semua murid dikehendaki memakai lencana sekolah.

 

I.          UNTUK KESELAMATAN

   - Murid-murid ditegah berborak dengan pelawat terutama yang tidak dikenali dalam kawasan sekolah termasuk ibu bapa/ penjaga tanpa kebenaran GB atau kakitangan sekolah.

   - Murid-murid tidak dibenar meninggalkan kawasan sekolah walaupun dengan ibu bapa/ penjaga tanpa kebenaran GB terlebih dahulu dan perlu ditulis dalam buku laporan khusus.

   - Murid-murid hendaklah mengadukan kepada salah seorang kakitangan sekolah apabila melihat pelawat-pelawat yang disyaki akan membuat sesuatu yang buruk terhadap sekolah.

   - Murid-murid yang terkena penyakit cacar, bengkak-bengkak, gatal-gatal, sakit mata dilarang datang sekolah sehingga sembuh.

   - Pergaduhan/ perkelahian dan kecurian antara murid adalah dilarang oleh pihak sekolah.

   - Murid-murid mestilah taat kepada tatatertib sekolah, taat setia kepada Negara begitu juga kepada sekolah.

   - Murid-murid dilarang menunggu ibu bapa di luar kawasan sekolah bagi menjamin keselamatan.

 

J.         PENTADBIRAN SEKOLAH

   - Kemasukan murid baru.

   - Semua kemasukan murid baru mestilah disahkan oleh GB dan guru kelas hendaklah merekod.

 

       KEDATANGAN MURID

   - Guru darjah akan mengambil kedatangan murid diawal pelajaran pertama

   - Ketua darjah hendaklah menyerahkan jadual kedatangan tersebut kepada guru bertugas dan direkodkan di papan kenyataan di bilik guru

   - Murid tidak dibenarkan mengisi butir-butir di dalam buku jadual kedatangan.

   - Buku kedatangan hendaklah diambil oleh guru darjah masing-masing di pejabat.

   - Segala arahan-arahan yang terdapat di dalamnya dilengkapi dengan sempurna.

   - Nama murid mestilah ditulis dengan penuh dan mengikut abjad, nama murid lelaki mestilah didahulukan dan diikuti dengan murid perempuan pada tiap-tiap bulan

   - Catatan bahagian bawah : Lelaki.......Jumlah........

 

MURID YANG TIDAK HADIR KE SEKOLAH

   - Murid yang tidak hadir ke sekolah selama 3 hari berturut tanpa sebab, guru kelas hendaklah mengisi borang di pejabat sekolah dan menghantar kepada penjaga atau ibu bapa tersebut.

   - Sekiranya terdapat murid yang tidak hadir satu atau dua hari, guru darjah hendaklah membuat penyiasatan sebab-sebabnya dan jika didapati tidak memuaskan, sila laporkan kepada GB atau Penolong Kanan HEM.

   - Setiap guru atau guru ganti hendaklah mengambil tahu apabila masuk darjah, pastikan tiada seorang murid tidak hadir mengikuti pelajaran. Tidak ada murid termasuk ketua murid, ketua darjah, pengawas dibenarkan lewat masuk tanpa kebenaran.

 

MENGHANTAR MURID PULANG

   - Murid tidak dibenarkan tanpa kebenaran GB/ GPK/ GPK PTG. Murid yang sakit yang memerlukan rawatan yang cepat hendaklah dikejarkan ke hospital oleh guru pengawas mingguan atau guru darjah dengan segera.

 

SURAT CUTI SAKIT MURID

   - Adalah tanggungjawab guru kelas memastikan bahawa surat cuti sakit yang diberikan kepada murid ditandatangani oleh doktor. Surat itu hendaklah disimpan oleh guru kelas untuk rujukan.

 

KEMALANGAN, KECEDERAAN DAN LAIN-LAIN

   - Guru yang berhampiran kemalangan itu berlaku hendaklah membantu sekiranya ada kecederaan hendaklah melaporkan kepada GB, GPK, GPK PTG atau guru bertugas dengan segera.

 

HUKUMAN

   - Guru seharusnya memberi hukuman ke atas murid. Murid yang tidak dapat dikawal, hendaklah dihantar kepada guru disiplin untuk tindakan sewajarnya dan jika perlu barulah diserahkan kepada GB atau GPK.

 

KETUA DARJAH

   - Pemilihan ketua darjah dibuat dengan teliti. Murid yang mundur di dalam pelajaran tidak seharusnya dijadikan ketua darjah.

  • Kawalan ke atas murid adalah tanggungjawab semua guru. Guru-guru mestilah bertindak ke atas kelakuan yang kurang sopan yang dilakukan oleh murid di dalam atau luar jagaannya. Guru hendaklah tegas tetapi adil serta bersimpati di dalam menghadapi masalah murid. Tali persaudaraan antara guru dengan murid hendaklah berdasarkan faham memahami antara satu sama lain.
  • Deraan hendaklah seberapa boleh berdasarkan kerja-kerja yang berfaedah. Guru darjah mestilah mengetahui tentang hal muridnya dan berkenalan dengan ibu bapa atau penjaganya.

 KETUA MURID DAN PENGAWAS SEKOLAH

   - Oleh sebab ketua murid dan pengawas dipilih guru pengawas  dan guru disiplin, pemilihannya hendaklah dibuat berdasarkan kebolehan kepimpinan dan persetujuan ibu bapa.

   - Ketua murid dan pengawas menolong menjaga kawalan, ketua murid dan pengawas yang tidak menjalankan tugas hendaklah dilaporkan kepada guru disiplin, jika perlu kepada GB. Tindakan akan diambil terhadap mereka.

 

URUSAN KEWANGAN

  • Segala pungutan sekolah dan lain-lain wang hendaklah dimasukkan ke dalam kira-kira dan dicatatkan oleh GB. Resit-resit rasmi hendaklah dikeluarkan dengan segera.
  • Tidak dibenarkan membuat pembelian barang-barang kecuali dengan izin GB.
  • GB akan melayan segala permintaan tetapi tidak semuanya dapat diluluskan kerana bergantung pada kewangan sekolah.
  • Guru-guru hendaklah menyimpan sebuah buku stok untuk barang-barang di bawah jagaan beliau dan bertanggungjawab atas barang-barang tersebut.

 

K.         MENJAGA KEBERSIHAN KAWASAN DAN BANGUNAN KESELURUHAN.        

1           KEBERSIHAN DARJAH

   - Murid adalah bertanggungjawab atas kebersihan di dalam darjah dan kaki lima berdekatan. Murid hendaklah dibahagi kepada kumpulan. Sekumpulan murid akan bertanggungjawab di atas kebersihan darjah sehingga pada masa tertentu.

 

2.         KEBERSIHAN SEKOLAH DAN KAWASAN

   - Kebersihan di dalam bilik darjah, kaki lima, kawasan sekolah serta padang adalah kerjasama dan tanggungjawab semua guru dan kakitangan sekolah. Guru hendaklah memastikan sampah sarap serta kekotoran di dalam darjah, mahupun darjahnya sendiri atau tempat-tampat lain.

 

3.         PERABOT BILIK DARJAH

   - Apabila meja atau kerusi di dalam bilik darjah patah, perkara tersebut hendaklah dilaporkan kepada guru yang menjaga perabot atau pekerja. Kerusi atau meja yang rosak jangan disimpan dalam bilik darjah. Tiap-tiap murid di dalam bilik darjah bertanggungjawab ke atas meja  dan kerusnya sendiri.

 

4.         MENGALIH PERABOT

   - Kerusi dan meja yang digunakan untuk peperiksaan atau lain-lain bolehlah dialihkan selepas waktu sekolah.

 

5.         KESELAMATAN

   - Guru-guru diingatkan supaya mengambil berat di dalam masalah sekolah. Pelawat-pelawat tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik darjah tanpa diiringi guru. Ibu bapa juga tidak dibenarkan. Kepada ibu bapa yang hendak menemui guru-guru, hendaklah terlebih dahulu mengatur perjumpaan tersebut di pejabat sekolah.

 

L.         PERKARA-PERKARA LAIN

 

1.         MENEMUI GB

   - Guru boleh berjumpa dengan GB bila-bila masa mereka tidak menjalankan tugas mengajar. Guru-guru tidak patut berada dalam bilik pejabat semasa mereka sedang bertugas.

 

2.         KENYATAAN DAN POSTER

   - Tidak ada kenyataan dan poster dipamerkan di papan kenyataan kecuali ditandatangani oleh GB, GPK, atau GPK Petang. Segala kenyataan dipadamkan setelah tamat tempohnya.

 

3.         LAPORAN AKHBAR

   - Guru-guru tidak dibenarkan membuat laporan mana-mana akhbar bagi pihak sekolah. GB menjadi jurucakap sekolah tanpa pengetahuan GB.

 

4.         SURAT PEKELILING

   - Guru hendaklah faham dengan arahan-arahan yang terkandung di dalam surat pekeliling yang dikeluarkan oleh sekolah, PPD dan JPNT.

 

5.         PAKAIAN :

GURU LELAKI              -           Kemas dan tidak memakai baju di luar dan berselipar.

                                    -           Guru PJ memakai pakaian PJ.

GURU PEREMPUAN     -           Tidak memakai pakaian yang ketat atau menjolok mata                                                  di waktu sekolah.

                                   -           Bagi guru beragama Islam diwajibkan memakai tudung.

                                   -           Sebaiknya berkasut

                                   -           Sandal perlu bertumit melebihi 5cm.