SK. Seri Kemaman

24000 KEMAMAN, TERENGGANU DARUL IMAN
TBA2041
09-8591251
sk_serikemaman@yahoo.com.my

KEDATANGAN GURU-GURU DAN KAKITANGAN SEKOLAH

1.             Guru-guru dan semua kakitangan sekolah dimestikan berada di sekolah sekurang-kurangnya 10 minit sebelum jadual sekolah bermula. Kedatangan mesti direkodkan di sistem ’punch com’ sebaik-baik sahaja tiba di sekolah. (Arahan Perkhidmatan Am Bab 8 Bhg. 1 Muka Surat 32). Guru bertugas pada hari/ minggu itu dikehendaki berada 15 minit sebelum masa sekolah.

 2.             Sekiranya guru tidak hadir, beliau mestilah :

                2.1 Memberitahu pihak sekolah sebelum 7.30 pagi .

                2.2 Serahkan surat cuti doktor sebaik sahaja kembali bertugas semula.

     Guru Penolong Kanan akan mengatur guru ganti.

 3.             Dengan tidak hadirnya seorang guru bermakna membebankan guru-guru lain. Jadi elakkan seberapa yang boleh daripada mengambil cuti sakit. Kebenaran untuk keluar sekejap bagi sesuatu hal peribadi yang mustahak, boleh memohon kebenaran Guru Besar.

 4.             Apabila seseorang guru kelas tidak hadir, ketua kelas hendaklah memaklumkan kepada Guru Penolong Kanan/ Guru Penolong Kanan Petang bagi mengaturkan guru ganti.

 5.             Semasa guru tidak mengajar, guru-guru dikehendaki berada di bilik guru kecuali ada tugas tertentu. Jangan meninggalkan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar/ Guru Penolong Kanan Petang. Pihak pentadbiran sekolah akan menanggung risiko yang berat jika berlaku sesuatu terhadap kakitangan yang keluar tanpa kebenaran.

 6.             Sebaik sahaja tiba masa bersurai, murid-murid dimestikan meninggalkan kelas dengan penuh tertib dan bersopan di bawah pengawasan guru kelas/ guru mata pelajaran masing-masing.

 7.             Guru-guru dikehendaki berada di kelas mereka satu atau dua minit awal bersama murid-murid semasa loceng berbunyi untuk mengaminkan doa dan seterusnya belajar.

 8.             Guru-guru PJK yang manjalankan kegiatan di padang mestilah berpakaian PJ dan berada bersama murid-muridnya yang lengkap berpakaian PJ. Jika berlaku satu-satu kemalangan guru-guru tersebut dipertanggungjawabkan.

 9.             Guru bertugas akan bertugas sepanjang masa pada hari tertentu dan akan menguruskan semua tugas yang ditentukan.

 10.          Pastikan rombongan sekolah dikawal rapi oleh guru-gurunya semasa berada di dalam dan di luar sekolah.

 11.          Murid-murid adalah dikira penting sekali di sekolah. Mereka tidak boleh sekali-kali ditinggalkan begitu sahaja pada bila-bila masa. Pengajaran di sekolah tidak boleh diganggu atau dihentikan kecuali waktu kecemasan.

 12.          Semua guru mesti hadir di setiap program sekolah, misalnya majlis ucapan dan penyampaian hadiah, hari sukan dan lain-lain untuk menjaga disiplin dan menolong segala-gala pelaksanaan.

 13.          Guru-guru tidak dibenarkan ke kantin pada masa pertama.

 14.          Masa pulang untuk guru-guru adalah 15 minit selepas berakhir sesi persekolahan.