SK. Seri Kemaman

24000 KEMAMAN, TERENGGANU.
TBA2041 - 098591251
TBA2041@moe.edu.my

GURU DAN DARJAH 

  1. Sebelum memulakan P&P, pastikan guru menyemak kedatangan murid. Guru hendaklah mengajar dan mengawal murid apabila membuat gerak kerja bertulis. Guru hendaklah memastikan serta memberi bimbingan secara individu atau kumpulan kepada murid-murid.
  1. Semasa mengambil alih darjah, perkara yang tertera dalam jadual waktu mestilah dilakukan atau perkara yang guru itu tahu. Kalau sekiranya pelajaran atau perkara di dalam jadual tidak dapat diajar, ajarlah mengikut mengikut pengkhususan mata pelajaran guru. Perhubungan antara guru dan murid amat penting dan masa murid-murid tidak boleh dipersia-siakan dengan begitu sahaja. Jangan biarkan murid pulang dengan rasa rugi datang ke sekolah.
  1. Pemeriksaan buku-buku rampaian atau kertas jawapan peperiksaan tidak boleh dibuat di dalam bilik darjah kecuali guru berada bersama memberikan pimpinan kepada murid-murid membuat  gerak kerja bertulis. Segala pemeriksaan atau pemyemakan boleh dibuat di bilik guru semasa guru tidak mengajar dan kertas jawapan murid perlu dikembalikan.
  1. Gerak kerja bertulis:

         4.1  Gerak kerja bertulis dan kerja rumah hendaklah diberi dna diperiksa.

         4.2  Semua murid mesti mempunyai buku khas untuk kerja rumah.

         4.3  Gerak kerja yang mencukupi hendaklah diberikan di dalam semua mata pelajaran.

         4.4  Penulisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris mestilah dibuat seminggu sekali.

         4.5  Semua gerak kerja bertulis mestilah diberi gred.

         4.6  Semua gerak kerja bertulis yang salah hendaklah dibuat pembetulan.

  1. Waktu guru mengajar:

         5.1  Murid-murid tidak dikehendaki membaca dari buku teks kecuali semasa pelajaran

            bacaan.

         5.2  Semua catatan atau nota serta pengukuhan, pemulihan dan penghayatan hendaklah diberikan dan disediakan nota oleh guru.

         5.3  Sebelum meninggalkan kelas, pastikan buku laporan P&P dilengkapkan.

  1. Mengulangkaji:

         6.1  Mengulangkaji sebelum peperiksaan hendaklah dijalankan dan diselaraskan di dalam buku ringkasan mengajar.

         6.2  Guru tidak boleh membenarkan murid-murid tinggal bersendirian di dalam bilik darjah.

         6.3  Mengulangkaji adalah penting dan mustahak bagi persediaan menghadapi peperiksaan.

         6.4  Guru hendaklah mengulangkaji semua mata pelajaran dengan wajar sebelum

peperiksaan.

  1. Buku pelaporan dan buku adab belajar mestilah diisi dengan lengkap oleh guru darjah. Guru darjah mestilah juga mengambil tahu akan perkembangan buku pelaporan dan buku adab belajar murid di dalam darjah masing-masing.
 

KERJA-KERJA IKHTISAS

  1. Tugas-tugas ini melibatkan pendidikan secara terus iaitu:

                       1.1          Pengajaran dan pembelajaran

                       1.2          Didikan Moral/ Sivik dan Kewarganegaraan/ Akhlak

                       1.3          Pendidikan Kemasyarakatan

                       1.4          Tugas kurikulum dan kokurikulum merupakan tugas sekolah 100%.