SK. Seri Kemaman

24000 KEMAMAN, TERENGGANU DARUL IMAN
TBA2041
09-8591251
sk_serikemaman@yahoo.com.my

SEKAPUR SIREH

Sekolah merupakan sebuah institusi atau organisasi yangdiurus dan diselenggara oleh golongan pendidik yang berinteraksi melalui satu proses berstruktur bagi mencapai kecemerlangan dalam akademik, sahsiah dan ko-kurikulum bagi memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi kecemerlangan sesebuah sekolah, diantaranya ialah kepimpinan pengetua atau guru besar, guru-guru, persekitaran sekolah, sosio ekonomi ibubapa pelajar serta infrastruktur sekolah.

Oleh itu pengurusan serta komitmen yang berkesan dan bersepadu amat diperlukan untuk membantu meningkatkan kecemerlangan bagi memastikan matlamat yang dirancangkan dapat dicapai dengan jayanya dalam merealisasikan Misi danVisi sekolah untuk menjadi sekolah yang cemerlang

Pendidik Terengganu milik warga pelajaran. Marilah bersama-sama melonjakkan kecemerlangan pendidikan menerusi agenda

Melestarikan Pendidikan Terbilang

serentak merealisasikan “

Terengganu Anjung Ilmu”.

title

Click to add text, images, and other content

 

 

 

Video

194 views - 0 comments